Skip to content

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MUSLIM KEPADA ANAK

  • by
Setiap manusia mempunyai tanggungjawab begitu juga dengan ibu bapa. Tanggung jawab ibu bapa sangat penting kerana anak-anak memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa untuk masa depan mereka. Jika mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya, mereka akan menjadi seorang muslim yang mulia. Oleh itu ibu bapa perlulah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT..
1) MENGASIHI ANAK-ANAK

Salah satu dari hak anak-anak ke atas ibu bapa mereka ialah mendapatkan sepenuh cinta dan kasih sayang. Perasaan kasih kepada anak-anak telah ditanam oleh Allah SWT dalam hati ibubapa. Ini menunjukkan betapa Pemurahnya, Bijaknya dan Agungnya Allah SWT. Disini perlulah diingati bahawa semua ibu bapa dikurniakan persaan ini tanpa mengira apakah ‘aqidah’ mereka. Tetapi dalam membesarkan anak-anak mereka, ibu bapa Muslim bukan sahaja merasakan yang ini adalah tanggungjawab semulajadi tetapi sbagai satu kewajipan Deeniah, satu sunnah Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Bagi mereka, mengasihi anak-anak bukanlah Cuma hendak memenuhi keinginan mereka tetapi ini adalah cara mereka mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya.

2.Anak-anak ujian kepada ibu bapa
Kasih sayang kepada anak-anak merupakan ujian Allah SWT. Allah SWT telah memasukkan persaan kasih sayang kedalam hati ibu bapa, tetapi Dia juga memberi amaran supaya mereka berhati-hati dengan anak-anak. Amaran ini diberikan kerana anak-anak ini boleh mendatangkan kerosakan kepada ibu bapa.
“Wahai orang-orang yang beriman, sesunguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. ” (Surah At-Taghaabun 64:14)
Ayat ini memberi amaran kepada kita supaya kita tidak terlibat dalam amalan-amalan yang tidak sihat dalam memberi kesenangan dan kemewahan kepada anak-anak kita. Kitab suci Al-Quran pernah menyebut bahawan anak-anak adalah ujian kepada ibubapa.

3.Sikap dingin terhadap anak-anak
Ada orang tidak ketawa, bermain-main dan bersuka-suka dengan anak-anak mereka. Mereka berfikir dengan berbuat demikian kononnya bertentangan dengan sifat taqwa dan kehormatan diri. Bagi mereka, lebih banyak mereka mengelak dari berbaik-baik dan merapatkan diri dengan anak-anak mereka, maka mereka akan lebih dihormati. Malah ada ibubapa yang lebih teruk lagi, mereka tidak mengambil hirau, menyendiri dan berlaku kasar terhadap anak-anak mereka. Sikap ini tidak dikehendaki oleh Islam atau tatasusila sosial. Sebenarnya anak-anak adalah harta dan amanah kita yang paling berharga. Ibubapa yang tidak membuat anak-anak mereka yakin yang mereka mengasihi anak-anak melalui kelakuan mereka, akan menyebabkan jiwa mereka dan anak-anak mereka terganggu, dan mereka tidak mendapat keredhaan Allah SWT.

Menyayangi Anak-Anak
Hadzrat Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mencium cucunya Hadzrat Hasan RA. Hadzrat Aqra Bin Habis RA yang berada di situ berkata ia mempunyai sepuluh orang anak tetapi ia tidak pernah mencium mereka. Rasulullah SAW melihat padanya dan berkata, “Allah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi orang lain”. (Bukhari)
Hadith ini menunjukkan bahawa mencium dan mengusap anak-anak adalah tanda kasih sayang. Hanya orang-orang yang mengasihi sahaja yang berbuat demikian. Allah SWT hanya mengasihi orang-orang yang mengasihi orang lain. Dan orang-orang yang tiada perasaan belas kasihan kepada orang lain tidak layak dikasihani oleh Maha Pencipta.

Kasih Sayang Rasulullah SAW Kepada Anak-Anak
Hadzrat Anas, hamba sahaja Rasulullah SAW yang paling ikhlas dan taat berkata, “Belum pernah saya lihat orang yang mengasihi ahli-ahli keluarganya lebih dari Rasulullah SAW. ”
Pada sebuah ketika Rasulullah SAW hendak pergi ke suatu tempat, dan ia berjumpa Hadzrat Husasain RA sedang bermain-main di jalan. Rasulullah SAW berhenti, menghulurkan tangannya dan mendukung cucunya itu. Hadzrat Hussain RA mengelak beberapa kali untuk mengusik datuknya. Akhirnya, Rasulullah SAW dapat memegang cucunya. Kemudian ia memeluk erat Hussain sambil berkata, “Hussain kepunyaanku dan aku kepunyaan Hussain. ”

2) PENGASUHAN ANAK-ANAK
Mengasuh anak ialah mendidik, membimbing dan memeliharanya, mengurus makanan, minuman, pakaian, kebersihannya, atau pada segala perkara yang seharusnya diperlukan, sampai batas bilamana si anak telah mampu melaksanakan keperluannya yang penting seperti makan, minum, mandi dan berpakaian. Adapun yang berhak mengasuh anak tadi adalah tentu sahaja ibu kandungnya sendiri. Atau digantikan oleh kaum wanita daripada keluarga ibu, dan jika tidak ada, baru digantikan dengan kaum wanita daripada keluarga bapa.

Memberikan pendidikan
Ibu sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumahtangga.
Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak-anak. Menjadi suami adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami tetapi, menjadi seorang bapa adalah peranan yang payah. Watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi.
Memastikan anak-anak di hantar ke sekolah pada usia yang di tetapkan iaitu seawal 7 tahun. Pendidikan yang berkaitan dengan duniawi dan ukhrawi perlu di seimbangkan Tanpa memilih berat sebelah.
Pendidikan sewaktu usia kecil adalah amat penting kerana sewaktu kecil ibu bapalah yang menjadi tunjang dalam membentuk anak-anak yang di ibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkannya. Jika baik maka baiklah akhlaknya dan jika buruk maka buruk lah jadinya.

Menguruskan kehidupan anak-anak dengan baik
a) Menguruskan makan dan minum mereka
i) Memastikan anak-anak di berikan makanan yang secukupnya mengikut kemampuan yang ada Anak-anak juga perlu di beri makanan yang halal dari sumber yang hahal kerana makanan atau minuman yang di makan dari sumber yang hahal akan membawa berkat dan keredhaan dari Allah.
ii) Anak-anak juga perlu memahami keadaan ibu bapa mengikut pendapatan mereka. Jangan meminta sesuatu yang mereka tidak mampu laksanakan. Makanlah
apa yang ada janji di perolehi dari hasil titik peluh yang halal.
b) Membelikan pakaian yang elok
i) Sebagai seorang ibu bapa muslim yang berjaya, mereka adalah yang berjaya mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah dan patuh kepada ajaran agama Allah.
ii) Pakaian yang dipakai dan yang dikenakan mestilah menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan yang boleh menarik perhatian orang lain terutamanya kepada lelaki.
iii) Pakaian yang di pakai tidak perlulah terlalu mahal dan berjenama tetapi cukuplah sekadar menutup aurat dari pandangan orang lain yang boleh membawa kepada keburukan.

3) MEWUJUDKAN SUASANA ISLAM DALAM SESEBUAH KELUARGA
1. Membaca al-Quran dijadikan sebagai satu amalan harian :
• Anak-anak perlu didedahkan dengan amalan pembelajaran al-Quran sejak kecil lagi.
• Ibubapa dijadikan “role model” untuk mengajar anak-anak membaca al-Quran dan sekaligus dapat membentuk jadi anak yang soleh dan bertakwa kepada Allah SWT.
• Melalui amalan membaca al-Quran dapat mengelakkan sesebuah keluarga berpecah belah seterusnya dapat menjadikan sebuah keluarga yang bahagia dan memenuhi setiap ajaran yang Allah telah landaskan kepada setiap umat islam.
• Allah SWT banyak menyenaraikan dalam al-Quran tentang pembentukan sebuah keluarga bahagia. Jadi al-Quran seharusnya diamalkan bagi setiap individu dan patut memahami segala maksud-maksud yang telah dituliskan oleh allah untuk umatnya.

2. Membaca buku ilmiah bersama anak-anak :
• Ibubapa seharusnya menyediakan banyak buku-buku ilmiah yang patut dibaca dan diamalkan segala isi kandungannya.
• Berikan buku-buku yang lebih kepada anak-anak yang berteraskan tentang agama islam. Contohnya buku yang mengandungi cara-cara mengerjakan solat, hormat ibubapa, sirah-sirah nabi.
• Ibubapa sentiasa menekankan anak-anak supaya mengamalkan amalan yang diperintah oleh Allah dan yang dilarang oleh Allah melalui buku-buku ilmiah yang telah dibaca dan boleh membuatkan anak-anak sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
• Berlaku ihsan terhadap anak-anak dengan memberi pelajaran dan pendidikan Islam yang sempurna

3. Solat berjemaah bersama-sama :
• Ibubapa mengajak anak-anak mendirikan solat berjemaah bersama-sama.
• Bapa dijadikan imam dalam menyempurnakan sesuatu solat bersama keluarga kerana bapa adalah ketua dalam sesebuah keluarga.
• Dalam mewujudkan suasana yang bahagia, anak-anak perlulah bersalaman dan bermaafan bersama ibubapa selepas solat berjemaah didirikan.
• Ibubapa wajib berdoa selepas solat didirikan supaya kesejahteraan sesebuah keluarga sentiasa terpelihara dan menjadikan anak-anak yang soleh dan solehah di dalam keluarga tersebut.

4) MEMASTIKAN KESTABILAN HUBUNGAN
KEROHAN
1) Hubungan antara ahli-ahli dalam keluarga khususnya ibubapa dan anak-anak bukanlah hanya hubungan fizikal semata-mata.
2) Keluarga di dalm islam merupakan pusat yang mengembangkan kasih sayang, kebaikan, pelindungan, kehormatan, percaya mempercayai, pengorbanan dan ketenteraman.
3) Semua ini berlandaskan kepada kekuatan-kekuatan rohaniah.
4) Firman Allah yang mafhumnya : “ Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka”

KESIMPULAN
Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. dan bagi melengkapkan sesebuah keluarga. Dan ini merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Jika anak-anak dididik dengan betul maka akhlaknya akan baik tetapi jika tidak dididik dengan salah maka buruklah akhlak mereka. Oleh itu anak-anak mereka perlulah diasuh semenjak mereka masih kecil. Ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak mereka tidak melakukan perkara yang terlarang. Jika tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, maka akan dapat membina ikatan kekeluargaan yang kukuh dan harmoni.

Leave a Reply