Apabila kita mendengar perkataan ‘Pendidikan Khas’, pasti anda bayangkan anak-anak istimewa yang tidak berdaya untuk berdikari, perlukan bantuan sepanjang masa dan tidak terurus, bukan? TIDAK! Tanggapan yang sangat salah! Walaupun mereka adalah anak-anak berkeperluan khas, tetapi mereka jauh lebih berdisiplin dan mampu menguruskan diri mereka sendiri dengan baik. Bukti? Perkhemahan selama 2 hari 1 malam ini adalah buktinya.
Pada mulanya pihak kami juga risau akan keperluan mereka sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Tetapi, sebaliknya berlaku, di mana semangat dan tenaga mereka sepanjang kem sangat-sangat hebat! Disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada murid kurang pendengaran dan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran (lembam), mereka berjaya melaksanakan segala aktiviti yang telah diberikan dengan cemerlang.
Di sebalik kekurangan mereka, pihak kami mendapati bahawa mereka tidak ada masalah langsung dalam melakukan tugasan-tugasan yang telah diberikan. Malah, ada diantara mereka yang jauh lebih hebat berbanding mereka yang normal. Benar kata cerdik pandai, jangan pernah memandang kekurangan sebagai halangan kepada kejayaan.
Kali ini, bukan mereka sahaja yang belajar sesuatu, tetapi kami juga banyak belajar daripada mereka. Terima kasih cikgu-cikgu SK Pendidikan Khas Batu Pahat kerana mempercayai kami. Semoga akan ada lebih banyak kerjasama di antara D’Impian Training and Consultancy dengan SK Pendidikan Khas Batu Pahat pada masa akan datang.
TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI!