Setiap orang mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana ahli keluarga seperti ibu, ayah, adik-beradik, datuk, nenek dan saudara mara terdekat merupakan orang yang bernilai dalam hidup kita yang dapat membantu menjamin kestabilan emosi dan mental kita yang boleh berkongsi suka dan duka.
Memperoleh keluarga yang bahagia adalah satu perkara yang sangat penting kerana pembinaan dan pembangunan satu masyarakat dan negara bermula dari pembentukan satu keluarga yang mulia.
Antara kepentingan-kepentingan mewujudkan perasaan kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat dalam era globalisasi ini adalah seperti berikut:
- Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan
- Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga
- Mengurangkan kes jenayah
- Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat
- Mampu menjamin keamanan negara
- Menyumbang kepada pembangunan negara