Skip to content

KENAPA PENDIDIKAN SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN

Pendidikan merupakan sesuatu yang amat penting. Ia memainkan peranan yang kuat di dalam hidup kita. Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, pendapatan yang tinggi dan kemewahan dalam hidup juga memerlukan  pendidikan yang tinggi.

Selain itu dengan pendidikan, pergaulan kita juga akan lebih meluas dengan perbualan yang lebih bijak. Pendidikan menunjukkan betapa jauhnya seseorang itu telah berjaya di dalam kehidupan mereka. Ia menunjukkan perkembangan minda dan semangat. Lebih banyak pengetahuan yang kamu ada  lebih luas pengalaman yang boleh kamu capai. Dengan mendapat pendidikan yang tinggi berserta Ijazah  di dalam bidang yang berkaitan, kamu telah bersedia untuk memasuki syarikat atau organisasi besar.

Pendidikan juga dapat membantu kamu membezakan perkara yang buruk dan  perkara yang dapat memberi keuntungan kepada kamu. Orang yang mempunyai pendidikan yang bagus biasanya kan menjadi seorang pekerja yang bertanggungjawab dan seorang warganegara yang baik.

Tanpa pendidikan hidup seseorang itu tidak sempurna. Dia tidak akan dapat berfikir dengan bijak dan keputusan yang di buat mungkin lebih banyak merugikannya.

Di dalam kehidupan sekarang, pendidikan merupakan keperluan yang penting selepas makanan, pakaian dan tempat berlindung. Pendidikan merupakan penyelesaian kepada segala masalah kerana dengan pendidikan yang betul  ia dapat menitipkan tabiat yang baik, nilai-nilai murni dan kesedaran terhadap keganasan serta rasuah. Pendidikan merupakan kekuatan kepada seseorang dan menyempurnakan kehidupan seorang manusia. Ketika ini, teknologi memainkan peranan penting di dalam menyebarkan pendidikan kepada seseorang. Oleh itu kita sepatutnya mengambil peluang itu untuk menambah lagi ilmu pengetahuan kita tentang pelbagai topik dan isu semasa.

Kesimpulannya, pendidikan merupakan tulang belakang bagi kehidupan kita. Sama ada pendidikan duniawi dan pendidikan ukhrawi.

Oleh itu, haruslah kita memandang tinggi nilai pendidikan dalam merubah kehidupan dan berusaha menambah ilmu pengetahuan kita yang sedia ada.

Leave a Reply